Saturday 20 October 2012

~sEn!kU~


Manik2 pelbagai warna memang mudah menarik minat kanak2, apalagi kalau digabungkan dengan bulu2 ayam!!! Bila keluarkan dua benda ni muka budak2 tu pun berubah jadi exited!
Projek kali ni mudah je, sesuai untuk anak2 pra sekolah. Hanya perlukan kertas kotak terpakai atau cardboard, gam, bulu ayam, manik pelbagai warna dan lidi sate.
Potongkan cardboard berbentuk rectangle, tebuk lubang untuk 2 mata. Lepas tu, sapukan gam yang banyak ke atas cardboard tersebut. Tuangkan manik2 ke dalam pinggan dan telangkupkan cardboard yang bergam tadi ke dalam pinggan. Tekan dan make sure banyak manik2 terlekat di cardboard. Lepas tu, bolehlah kemaskan manik2 yang terlekat tu, kalau patut ditambah, tambahlah supaya keseluruhan cardboard dipenuhi manik2.
Keringkan cardboard tadi supaya mudah untuk tampalkan bulu2 ayam disekelilingnya. Saya tak jumpa bulu ayam yang loose, yang ada cuma yang sudah dijadikan tali, jadi proses nak lekatkan tali tu agak susah untuk kanak2 pra-sekolah. Kalau guna bulu ayam yang loose lebih mudah kot….
Bila dah siap, tapekan lidi sate dibahagian tepi cardboard. Kami guna kertas kotak, jadi hanya perlu cucuk lidi sate tersebut.
Dah siap pun.. tengoklah budak2 ni bergaya…


 

Rumah dari Kotak Terpakai

Sebelum ni saya pernah tulis tentang line drawing yang menggunakan rumah sebagai subject. That is considered as 2D, so yang ini ialah versi rumah in 3D.
Mudah je, gunakan mana2 kotak, salah satu dari lidnya kita gunakan sebagai bumbung. Kalau lid tak cukup tinggi untuk buat bumbung, gunalah seperate cardboard, bentukkan mengikut lebar kotak dan lipat dua seperti bentuk bumbung. Tampalkan bumbung dengan menggunakan tape.
Lepas tu tapekan kesemua bahagian kotak supaya semua bahagian nampak kemas dan mempunyai base yang sama. Kalau suka boleh juga buat satu lapisan warna putih atau gesso. Terpulanglah samaada nak guna watercolor atau acrylic. Untuk lebih kemas, kami paint kotak tu dengan 2-3 lapisan, tapi tunggu setiap lapisan kering sebelum buat buat lapisan baru. Kalau guna acrylic lepas tu boleh apply varnish untuk nampak berkilat.
Untuk kanak2 4 tahun, aktiviti buat rumah ni lebih berasakan taping & painting. Untuk tingkap, saya potongkan lebihan cardboard kepada bentuk 4 segi dan mereka tampal je, sebab kanak2 4 tahun ni kalau painting masih banyak keluar line. Nak lukis gambar tingkap, buatlah titik2 dan suruh mereka sambungkan satu titik ke titik lain supaya garisan yang mereka lukis tu taklah ke laut ;-) Kalau rajin, potong pintu guna pisau, kalau tak, tampal jelah…


Walaubagaimanapun, untuk kanak2 5-7 tahun, saya lebih suka kalau mereka buat sendiri gambar tingkap dan pintu. Walaupun rupanya tak sekemas yang dipotong dan tampal, inilah salah satu cara untuk mereka berlatih melukis dan merealisasikan lukisan mereka kepada 3D object.



Recycle Arts – Boxes

Wow!! Lama betul tak update blog. Sibuk dengan bengkel cuti sekolah terbawa-bawa kemalasan sampai lepas cuti sekolah. Anyway, banyak projek yang nak dikongsi, saya mulakan dengan projek lori/bus/kereta menggunakan kotak2 terpakai.

Mudah je.. hanya perlukan beberapa kotak pelbagai size, gam, kertas warna dan marker. Pilih kotak bersesuaian untuk dibuat bus, lori atau kereta. Untuk kereta, kita perlukan 2 kotak berlainan size. Untuk bus dan lori, cukup dengan kotak rectangle yang panjang – saya gunakan kotak susu segar. Balutkan kotak dengan kertas warna, buat roda menggunakan lebihan kertas2 kotak atau cardboard (saya guna kotak cereal). Warnakan roda dan tampalkan ke kotak yang dah dibalut tadi. Kemudian lukiskan tingkap, pintu, lampu dan meriahkan dengan gambar driver dan passenger!



Mudah je kan…=)



Paper Mache – Big Bowl

Ini satu lagi projek yang Artventure kids seronok melakukannya!! Big bowl using paper mache technique. Something yang mereka tak pernah buat kat sekolah. Kami ambik masa 2 session untuk buat projek ni. Satu session untuk tiup belon, lekatkan paper atas belon and main belon yang lebih-lebih tu…  Satu session lagi, untuk mewarna dan menghias bowl yang dah keras.
Untuk kali ni saya guna teknik tampalan je instead of teknik tumbuk atau blender kertas sampai lumat. Mula2 tiup belon ikut size yang dikehendaki. Lepas tu mula tampalkan kertas suratkhabar lama yang dah dikoyak2 menggunakan campuran gam dan air. Untuk tak bagi belon tu bergerak – letaklah dalam bekas, tampal kertas dari bahagian atas hingga ke bawah, ikut tinggi bowl yang nak dibuat.
Process menampal ni ambil masa sebab kena buat banyak lapisan supaya bowl tu keras. Siap menampal keringkan bowl dalam 1-2 hari (ikut cuaca). Bila dah keras, potonglah bowl tu supaya cantik sikit bahagian atasnya. Lepas tu guna kertas yang dah dipintal macam tali dan buat lingkaran pada bahagian bawah bowl dan tape kelilingnya – ini sebagai kaki bowl.
Bila dah siap, boleh mula mengecat bowl. Kami buat satu lapisan masking tape untuk bowl kami sebab malas nak cat putih dulu. Nak cat terus pun boleh tapi make sure catnya tebal sikit jadi taklah nampak sangat suratkhabar tu. Lepas tu macam biasa sapukan varnish untuk kesan kilat dan tahan lama.

Selesai process di atas, bolehlah hiaskan dengan macam2 benda – beads, bling2, tali, foam etc – terpulang pada creativity masing2. Kalau tak nak hias dengan bende2 lain pun boleh gunakan creativity mewarna – seperti penggunaan dua tiga warna, lukis corak pada bowl dan sebagainya.
Projek ni banyak mengajar tentang kesabaran. Ia melatih kanak-kanak ni supaya berhati2. Masa session pertama mereka tak boleh bayangkan macammana belon tu akhirnya boleh jadi bowl. Mereka tak sabar nak mengecat, ada yang tampal ikut suka kt mana, asal siap jadi masa inilah kita kena terangkan sebab kenapa kita kena perlu buat lapisan kertas tu banyak kali and make suru kita tampal ikut turutan supaya tidaklah ada bahagian yang nipis yang tebal – yang tak sekata. Secara tak langsung mereka belajar juga konsep sains seperti kenapa belon tu mengecut selepas beberapa hari. Satu lagi value yang bagus untuk diterapkan dalam projek ni ialah recyclye art – suratkhabar lama pun boleh diguna semula kalau kena caranya.
Kat bawah ni antara finish products yang sempat di snap!

Kat bawah ni, Ikhwan. Dia ni memang suka role play. Jadi bila agak2 dah boring dengan bowl, dia jadikan benda tu topi keledar, kura-kura dan hand bag!! Saya biarkan je, bagi dia think outside the box! Hehehe…


 




Printing – Potato Printing



Menghasilkan projek seni untuk kanak-kanak tak perlukan barang2 yang canggih mangih sebenarnya. Untuk mereka keseronokan lebih utama. Nak2 anak2 kecil dalam lingkungan 3-6 tahun tu, projek simple pun boleh jadi menyeronokkan bila buat bersama2 kawan, adik beradik atau ibubapa sendiri!
Satu lagi projek mudah untuk kanak2 yang tak perlukan kemahiran melukis, atau mewarna. Projek printing menggunakan kentang! Ha… bila saya mengukir kentang2 ni teringat pulak saya zaman sekolah2 dulu. Bila ada projek ni sibuklah mak2 kita ambik kentang buat ukiran, pelepah pisanglah, kacang botol, bawang dan macam2 benda kat dapur tu yang mereka guna..  Sebenarnya mak2 kita ni kreatif orangnya..
Projek ni saya buat dengan kanak2 3 – 6 tahun. Untuk mengukir, saya guna cookie cutter je, lebih cepat dan kemas. Sebab projek ni agak mudah, saya cuba pula dengan anak saya yang kecil, Irsyad 2 tahun 4 bulan. Tapi next time kena sediakan paper yang besar sikit, sebab dia sibuk nak cop kat dinding & lantai… nasib baik buat kat luar rumah!
 




Salt Dough – Part 1

Ingat tak masa kita kecik-kecik dulu, bila mak buat karipap, donut kita mesti teringiiiiiiin sangat nak join sebelah tangan.. nak menguli & nak try buat macam-macam dengan doh tu kan.. Yang mak kita pun bising bising tak bagi kacau, tangan kotor ler, membazir, tak cantik ler tah tape lagi ler alasannya… last-last dapatlah yang dah lebih lebih tu kan… itu pun dah seronok!!
Kali ni saya nak bagi peluang kat budak-budak ni main puas-puas dengan doh!! Tapi bukan buat kuih, buat salt dough yang bila dah keras, nampak macam batu pun ada!
Salt Dough, a.k.a ” Doh Garam”  simply means doh yang diperbuat dari garam. Saya suka gunakan salt dough nih sebab tangan tak rasa berminyak macam guna plasticine dan yang paling penting, ianya murah dan menyeronokkan!!
Yang tak syioknya, saya tak dapat nak snap lebih2 gambar time budak-budak ni main dengan dough mereka sebab tangan penuh dengan tepung, so apa yang sempat jelah..
Mereka excited betul bila di beri peluang buat sendiri dough tu from scratch, sebab salt dough ni terlalu simple, hanya perlukan garam, tepung dan air, bolehlah they all uli sendiri. Cuma untuk mereka, saya buat adunan kecik sikit, senang they all nak uli. Resepinya:
1 cawan garam halus
2 cawan tepung
3/4 cawan air
Untuk anak-anak, saya kecilkan adunan jadi 1/2 cawan garam, 1 cawan tepung dan 1/4 cawan air.
Campur semua bahan dan mulalah menguli. Untuk projek kali ni saya mulakan dengan konsep menekap sebagai pengenalan kepada bentuk 2 dimensi. Untuk tu, kena ada roller dan cookie cutter – atau acuan. Saya guna acuan huruf dan acuan yang simple2 je – bunga, rama-rama dan macam-macam lagilah. Lepas tu suruhlah mereka buat acuan nama mereka – secara tak langsung boleh ajar mereka mengenal huruf & mengeja.
Bila mereka dah puas bermain dengan acuan, galakkan anak-anak buat sesuatu mengikut daya imaginasi mereka. Sebagai contoh – dari dough tu boleh buat bentuk binatang, rumah, barang mainan seperti kereta, bola dan macam-macam lagi, tapi masih dalam bentuk 2 dimensi. Kalau mereka belum penat lagi bolehlah buat bentuk 3 dimensi, tapi untuk kelas kali ni kami buat 2 dimensi dulu :-)






Bila dah siap – dough2 ni kenalah dibakar dalam oven supaya keras – ikut bentuk, kalau dough tebal dan besar, lamalah sikit. Saya bakar pada suhu 130′ C, untuk huruf2 tu saya ambik masa 20 – 30 minit, sampai betul-betul keras macam batu2 kat tepi pantai tulah – sebab dough ni dibuat dari garamkan! Boleh juga jemur bawah matahari tapi ambil masa berhari juga nak keras.



Salt Dough – Part 2

Lamanya tak update blog.. bila bercuti mood menulis pun hilang!! Liat betul nak start menulis, padahal dah banyak aktiviti yang kami buat lepas cuti sekolah ni!.. Tunggu punya tunggu, dah masuk bulan April.
Lepas buat salt dough hari tu, kami gunakan bentuk2 yang dah dibuat untuk diabadikan dalam wood plate sebagai signage yang boleh diletak kat pintu atau dinding.


So, kami proceed dengan process mewarna. Kami guna acrylic supaya warna tak keluar bila apply varnish. Mula2 warnakan wood plate dulu, saya suruh budak2 ni buat 4-5 garisan, ikut they all-lah maacammana nak gayakan, lepas tu warnakan tiap2 bahagian dengan warna yang digemari. Kemudian warnakan huruf2 dan bentuk-benutk yang dah dibuat.
Bila dah kering dan divarnish, lekatkan huruf2 dan bentuk2 yang dah diwarnakan guna pva glue.  Tu je… semua exited bila tengok plate dengan nama masing-masing!!

Sebenarnya ada banyak lagi projek2 kecil guna salt dough nih. contohnya, alphabet brooch pin – cuma lekatkan pin kat belakang huruf , kalau nak buat fridge mangnet, lekatkan magnet kat belakang dough tu. Satu lagi saya buat hiasan pada gelang tangan (kena buat lubang sebelum keraskan dough). Seronok bermain dengan salt dough ni… cubalah di rumah, murah dan mudah!!
pan, huruf & pelbagai bentuk yang dah siap dibakar
Bentuk bebas – burung (Ikhwan – 7 thn)
Yang ni cikgu punya hasil tangan.. saja nak tumpang sekaki..
Setakat tu dulu.. next class kami akan warnakan dough yang dah kering ni.. boleh jadi macam-macam tau!! tak sabar nak tunggu next class! Kat bawah ni contoh dough yang dah siap diwarnakan dan divarnish. Sebagai contoh, yang bawah ni acuan tapak tangan Irsyad ~ 2 tahun 1 bulan, saya ambik acuan ni masa dia tengah tidur… hehehe!!

 



sumbernya...........

Belajar cara membuat kraftangan keychain sulaman benang


HARI TERBUKA PENDIDIKAN DAN KARNIVAL JALUR LEBAR





InF0 SKMM....

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)
Dipengerusikan oleh Dato' Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.



Peranan utama SKMM adalah mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi & Multimedia (1998)


Logo SKMM

Dalam melaksanakan akta ini, peranan Suruhanjaya ialah untuk melaksanakan dan menggalakkan objektif dasar nasional kerajaan untuk sektor komunikasi dan multimedia.

Fungsi utama SKMM ialah :
  • Melaksanakan dan menguatkuasa penyediaan undang-undang komunikasi dan multimedia.
  • Menggalakkan dan mempromosi pembangunan industri, komunikasi dan multimedia.
  • Menggalakkan dan mengekalkan integriti semua pemegang lesen dan diberi kuasa di bawah industri komunikasi dan multimedia.
  • Memberi bantuan dalam sebarang bentuk dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan di kalangan orang-orang terlibat dalam aktiviti komunikasi dan multimedia. 

Wednesday 17 October 2012

How To Make a Papier-Mache Mask



silalah menonton video yang telah saya masukkan ke dalam blog ini..........video ini menunjukkan cara -cara untuk membuat topeng .....k........=)

MemBuaT m0deL.....

Rob0t!k....

Bismillah...
Hari ini saya ingin menceritakan tentang pertandingan robotik yang telah diadakan beberapa bulan lalu... pasukan robotik terdiri daripada beberapa orang lelaki......antaranya Muhd Zarif Zharfan, Muhd Arif Ikmal, Shareh Aizuddin Najmi, Mohd Khairul Aiman, Ahmad Al-baqir dan Ahmad Zaim Ilman......tetapi sekolah saya tidak muncul juara.........kami redho dengan seadanya......

ini adalah peserta pertandingan robotik....


Mereka telah berusaha dengan bersungguh -sungguh untuk menyiapkan projek mereka........mereka sanggup meninggalkan pelajaran buat sementara.......saya sangat kagum dengan kesungguhan mereka.......saya doakan mereka tetap akan berjaya dalam kehidupan mereka....AMIN!!!!!!!!!



mereka bertanding dengan pelbagai sekolah.... mereka membentuk dan membuat binaan... mereka membuat binaan model robot... walau bagaimanapun... mereka tidak mendapat tempat pertama.... mereka hanya mendapat saguhati....

ini hasil rekaan kesemua peserta....


B!naaN BoT LaJu....(BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN)

rakan-rakan saya juga terlibat dalam pertandingan kejohanan bot laju RA3...ini gambar-gambar pasukan sekolah saya membuat bot laju....






inilah hasil dari kesungguhan mereka..........setakat ini sahajalah yang ingin saya ceritakan untuk semua..........
.....bye2=).....







TekN!k MemBuaT ToPeng


Sejarah topeng
Topeng adalah sesuatu yang universal di dalam pelbagai budaya dengan pelbagai tujuan termasuk untuk tujuan upacara, hiasan, persembahan, aksesori fesyen atau sekadar menyembunyikan rupa yang sebenar atau menjadi salah satu barang permainan untuk kana-kanak. Bahan-bahan yang digunakan adalah pelbagai jenis termasuk kertas, kayu dan plastik.


Variasi topeng
Terdapat dua jenis topeng iaitu 2 dimensi dan 3 dimensi. Topeng 3 dimensi biasanya mempunyai bentuk berlekuk yang mengikut kontor wajah. Bentuk topeng boleh dibahagikan kepada jenis penuh, separuh, sarung dan kustom iaitu dibuat mengikut saiz muka individu.

Artikel kali ini hanya menunjukkan cara membuat topeng 2 dimensi menggunakan kad manila. Teknik ini membolehkan anda membuat topeng yang lebih besar dari saiz muka anda

Idea untuk muka boleh diambil dari pelbagai jenis buah-buahan, binatang, karakter kartun seperti Mickey Mouse, Spongebob Squarepants atau sensasi terbaru tanahair, hero animasi Boboi Boy.


Cara-cara membuat topeng dua dimensi

Bahan-bahan:
1. Kad manila.
2. Kertas tebal
3. Gunting
4. Gam
5. Salotep
6. Medium warna - warna pensil, krayon atau warna poster air (dan berus)
7. Penebuk lubang
8. Gelang getah atau tali getah (ada dijual di kedai jahitan, biasanya untuk membuat seluar atau kain bercerut getah)

1. Dapatkan ukuran jarak mata yang betul untuk memastikan kedudukan mata betul-betul pada lubang yang ditebuk. Caranya adalah dengan menekap sekeping kertas A4 ke muka dan tanda kedudukan mata denga merasa kedudukannya pada kertas. Kemudian tebuk dan tandakan bahagian tengah dengan satu garisan. Ini untuk memastikan topeng anda tegak dan tidak senget.


2. Lukis gambar yang anda inginkan. Dalam contoh ini, gambar buah-buahan digunakan iaitu jambu air, manggis, nenas, tembikai dan mangga.


3.  Kemudian tampal lapisan kedua kad manila di bahagian dalam supaya lebih keras. Gunting ikut bentuk dan tebuk lubang mata.

4. Tampalkan kertas keras yang dipotong seperti berikut di kiri dan kanan lubang mata seperti di bawah

5. Warnakan topeng menggunakan warna yang anda suka sama ada pensil warna, krayon atau warna air untuk poster





   
6. Ikat gelang getah atau tali getah di bahagian kertas keras yang telah ditebuk lubang menggunakan tangan atau penebuk lubang
Jangan terlalu longgar hingga terlondeh, dan jangan terlalu ketat hingga menyebabkan bahagian kertas keras terkoyak.
Untuk menguatkan lagi topeng anda, tampalkan salotep pada bahagian pertemuan kertas keras dan topeng supaya tidak mudah terkoyak.






7. Topeng telah siap untuk dipakai.